Kerjaya Nuremy Ramli

Nuremy memulakan kerjaya awalnya sebagai perunding kewangan di sebuah bank, kemudian bekerja dalam pejabat kerajaan.[4][5] Kerjaya lakonan beliau bermula apabila pengarah, Bade Hj. Azmi menawarkannya membintangi filem pertamanya, Castello (2006) yang mana beliau berlakon bersama Rosyam Nor dan Erra Fazira serta rakan pelakon, Liyana Jasmay. Beliau memegang watak seorang gadis Siam, Chalita muda, manakala Erra melakonkan watak Chalita dewasa.[2]

Pada tahun 2009, Nuremy mendapat kejayaan meluas menerusi dengan bekerjasama bersama Bade apabila melakonkan watak Fadillah dalam filem Maut (2009) yang menghimpunkan 3 cerita dalam 1 filem.[2] Beliau kemudian menandatangani kontrak bersama Metrowealth Pictures dan menjadi salah seorang artis kontraknya.[2] Sepanjang kontrak berjalan selama 3 tahun, Nuremy berlakon dalam beberapa filem terbitan Metrowealth seperti 3 Temujanji dan Hanya Aku Cinta Kau Seorang serta drama terbitan Metrowealth seperti Impian Raya Emelyn dan Pistachio Dayana. Beliau mengambil keputusan untuk menamatkan kerjayanya sebagai pelakon.

Rujukan

WikiPedia: Nuremy Ramli http://www.imdb.com/name/nm2886507/ http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/20121022... https://metrowealthpictures.wordpress.com/2012/06/... https://www.klik.com.my/item/story/4478314/tak-kom... https://www.klik.com.my/item/story/4808611/sinonim... https://www.klik.com.my/item/story/4885837/emy-nad... https://www.klik.com.my/item/story/5193754/semanga... https://www.klik.com.my/item/story/5241932/tinggal... https://www.klik.com.my/item/story/5371469/hijrah-... https://web.archive.org/web/20121124100210/http://...